BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 17, 2009

Kini mari kita lihat apa pula pendapat mereka yang telah mengkaji sifat MALU..........


  • Philips (1981) mengatakan bahawa MALU adalah satu keadaan yang datang kepada seseorang apabilaia menghadapi satu situasi sosial yang dalam keadaan yang tidak bersedia dan tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk menghadapinya.
  • Izard and Hyson (1986) MALU merujuk kepada gabungan perasaaan emosi termasuk perasaan takut dan minat serta ketengangan dan ketenangan.
  • Ghassan Ya'kob (1986) perasaan MALU didefinisikan sebagai kehilangan ketenteraman sanubari dan keberanian di samping kegelisahan yang diiringi kegugupan yang membawa kepada perasaan rendah diridan serba salah dalam menghadapi situasi baru.
  • Leavy (1989) mengatakan bahawa MALU adalah melibatkan perasaan bimbang yang akan menyebabkan tingkah lakunya tidak tenang dan timbul perasaan rendah diri.
  • M. Grams (2002) MALU ialah satu reaksi seseorang yang berasa tidak selesa dan asyik memikirkan sesuatu yang memalukan tingkah lakunya sendiri.
Kesimpulannya, MALU adalah satu tindakan yang terhasil daripada pelbagai gabungan emosi yang tidak dapat dikawal hati dan akhirnya perasaan tersebut akan ditunjukan melalui tingkah laku yang tidak selesa ketika menghadapi situasi sosial yang baru dihadapinya. Wallahu alam....

0 comments: