BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 11, 2009

Ape itu malu? Adakah sifat itu tergolong dalam sifat positif atau negatif? Em...............


Dalam blog ini, kita akan pelajari dengan lebih mendalam sifat MALU yang ada pada diri setiap hamba Allah yang kamil dan perlukan petunjuk dalam hidup. Jadi, persoalannya bagaimana anda menilai sifat MALU?

Sebelum membuat sebarang spekulasi dan jawapan tentang persoalan tadi, mari kita teliti apakah pendapat tokoh psikologi tentang perasaan MALU? Tapi sebelum itu, mari kita hayati dan mengambil iktibar melalui ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

MALU ialah salah satu cabang iman yang penting sebagai pengawal kepada sifat dan perangai manusia. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW iaitu:

الحياء شعبة من الايمان
Ertinya:
“MALU itu sebahagian daripada iman”.

Terhakisnya sifat MALU pada diri seorang muslim pula ialah tanda kepada kepincangan iman. Sedarkah kita bahawa segala keburukan, penyelewengan dan keruntuhan nilai moral yang berlaku hari ini ialah akibat daripada terhakisnya sifat MALU. Mereka tanpa segan silu melakukan maksiat walau di rumah Allah sekalipun kerana tiadanya sifat MALU pada Allah dan masyarakat sekeliling.

Oleh itu, pupuklah sifat malu demi untuk menjaga hubungan dengan Allah iaitu malu untuk melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan juga untuk menjaga hubungan sesama manusia iaitu bersifat malu kerana menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam pergaulan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

ان مما ادرك الناس من كلام النبوة الاءولى اذا لم تستح فصنع ما شئت


Ertinya: Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (hingga kini) ialah: Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu”.

Riwayat al-Bukhari


Hadis di atas menggambarkan pengancaman kepada manusia sekiranya tiada lagi perasaan MALU dalam melakukan kesalahan dan maksiat hingga dunia yang diwarisi akan kucar kacir dan tidak aman.

Akhlak malu yang menjadi tuntutan dalam Islam ini adalah pelengkap kepada kesempurnaan ciptaan manusia . Ia menjadi benteng kukuh untuk mengelakan diri daripada melakukan kerosakan, dosa dan maksiat. Manusia akan sentiasa hidup dalam kebaikan selagi mana rasa malunya masih terpelihara. Orang yang memiliki rasa malu akan rasa menyesal apabila melakukan perkara yang ditegah.

Kesimpulannya melalui Al-Quran dan Al-Hadis, sifat dan perasaan MALU itu perlu dan wajib ada pada setiap manusia dalam menjaga iman mereka.

0 comments: