FILEM: FULL HOUSE
PELAKON UTAMA : RAIN
P/S: KAMI MENGAMBIL 'SCENE' YANG MENUNJUKAN PERASAAN MALU
Wednesday, September 9, 2009
MARI KITA LIHAT VIDEO KOREA.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 11:08 AM 0 comments
Oleh itu, marilah bergaul bersama rakan-rakan anda.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 3:40 AM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
Mari kita BANTU KANAK-KANAK yang mempunyai perasaan yang MALU.
- Terangkan kepada kanak-kanak tentang kelebihan yang diperolehi sekiranya mereka boleh bergaul dengan rakan-rakan mereka.
- Tunjukkan perasaan empati apabila kanak-kanak merasa takut untuk bertindak atau berinteraksi.
- Elakkan daripada melebelkan seorang kanak-kanak itu sebagai pemalu.
- Tentukan matlamat untuk lebih bercampur dan bergaul serta nilai perkembangannya.
- Tunjukkan contoh atau model bagaimana cara kita bergaul dengan orang lain.
- Dedahkan kanak-kanak dengan orang dan tidak biasa dengan mereka.
- Berikan ganjaran kepada kanak-kanak kerana menunujukan tingkah laku yang menunjukanmereka boleh bergaul.
- Beri pujian kepada kanak-kanak yang boleh bergaul.
- Beri latihan kepada mereka bagaimana untuk bergaul dengan orang lain dengan cara yang betul.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 7:59 PM 0 comments
ANDA PEMALU? MARI KITA REFLEKSI DIRI dengan melihat kriteria ini...
- Tidak bercakap atau sedikit sahaja bercakap secara sukerala.
- Mengikut arahan tetapi tidak ada tindak balas verbal.
- Memalingkan muka ketika bercakap.
- Hanya melihat tetapi enggan menyertai aktiviti yang menyeronokkan yang dilakukan oleh rakan-rakan.
- Hanya sedikit atau tiada langsung 'eye contact'.
- Bercakap secara perlahan.
- Selalu menjadi yang terakhir untuk ke dalam barisan dan membuat sesuatu aktiviti.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 7:25 PM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Anda seorang yang PEMALU dalam bergaul? Apa tanda-tandanya? Mari kita ikuti pandangan Jackson.
Jackson(1999) membahagikan tanda-tanda MALU kepada tiga bahagian iaitu emosi, tingkah laku dan menifestasi psikologi.
2. Tingkah laku pula seperti gagal untuk bertentang mata dengan orang lain, keenganan untuk bercakap, sering mengelak untuk berinteraksi dan besosial serta sukar untuk memulakan perbualan.
3. Melalui menifestasi psikologi, MALU ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti berpeluh yang berlebihan, muka menjadi merah padam, denyutan jantung dan nadi menjadi pantas, bibir menjadi kering dan rasa tidak sedap di dalam perut.
Sukar untuk disangkal bahawa kita sering terjumpa orang yang mengalami sintom-sintom seperti di atas termasuk kita sebagai insan yang lemah tidak akan terlepas daripada sintom-sintom tersebut. Tapi selemah-lemah manusia adalah mereka yang cepat mengalah dalam hidup. Jadi, teruskanlah hidup dengan ceria dan jangan takut menghadapi cabaran.
Dengan azam Malaysia boleh! Kita pasti boleh!
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 8:59 AM 0 comments
Adakah anda tahu bahawa perasaan MALU itu ada kaitannya dengan norma budaya sesuatu bangsa?
Menurut kedua-dua tokoh tadi, terdapat sesetengah bangsa adalah lebih MALU daripada bangsa yang lain. Contohnya, bangsa Israel adalah paling TIDAK MALU. Cuma 31% responden sahaja yang mengaku mereka MALU. Diikuti bangsa bangsa Mexico dengan 39% sahaja. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom pula 45% dan 50% bangsa Jerman yang disifatkan sebagai MALU manakala bangsa Perancis dan Jepun(60%) merupakan bangsa yang MALU (USA Today Magazine, 1 Januari 1999).
Sesungguhnya, peasaan MALU ini boleh dibina sejak kanak-kanak lagi. Hyson&van Trieste (1987), menyatakan bahawa pencorak utama ialah ibu bapa dalam menetukan peri laku anak mereka. Terdapat ibu bapa yang yang terlampau mengongkong anak-anak daripada berinteraksi secara sosial dan menjadikan mereka seorang PEMALU.
Menurut Hudson&Rapee (2000). Ketinggian ukuran MALU bayi bertambah negatif dengan penglibatan keluarga masing-masing dalam pertemuan budaya, pembelajaran perkara-perkara baru dan lawatan ke rumah rakan-rakan. Sekiranya budaya yang diamalkan di sekeliling mereka negatif, begitulah impaknya kepada bayi tersebut kerana bayi cepat dalam berkolerasi terhadap sekelilingnya.
Apabila kita membaca sirah sahabat Rasullah, mereka akan membawa anak-anak mereka menemui orang yang beriman dan memperkenalkan anaknya dengan orang yang beriman tersebut. Sesungguhnya, cara ini menepati hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh tokoh barat untuk mendidik anak mereka bersifat baik dan mulia iaitu dengan melawat rakan yang baik dan terpuji sifatnya. Sebenranya, masih banyak lagi contoh sirah di zaman Rasullah untuk mendidik dir kitai supaya tidak berasa MALU. Sebagai contoh, nabi menggalakan umat Islam berniaga yang memelukan seseorang itu untuk tidak berasa MALU di khalayak ramai. Selain itu, melalui teladan Rasullah sendiri, baginda tidak berasa MALU dalam berdakwah dan berhijrah demi menyebarkan syiar Islam.
Oleh itu, jadilah Muslim sejati nescaya terserah moleknya peribadi.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 4:24 AM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
Sebenarnya MALU terbahagi kepada berapa?
Menurut hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hasan al-Basri.
Mafhumnya: sifat MALU itu ada dua bahagian, iaitu MALU yang datang dari keimanan dan MALU yang datang dari kelemahan.
Para pembaca, adakah kita MALU dalam sesuatu hal itu disebabkan keimanan atau dari kelemahan? Saya pasti ramai yang dapat membezakan dua aspek MALU tersebut.
Contohnya, MALU dari iman seperti MALU tidak menutup aurat manakala MALU dari kelemahan seperti MALU dan rasa kolot apabila menutup aurat. Banyak lagi contoh yang boleh saya ketengahkan seperti tabiat buruk merokok, budaya negatif perhubungan lelaki dan perempuan yang semakin menjadi-jadi , budaya hormat-menghormati dan banyak lagi yang boleh kita sendiri nampak dan ketahui.
Jadi, tepuk dada tanyalah iman.............
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 2:47 PM 0 comments
Monday, August 17, 2009
Kini mari kita lihat apa pula pendapat mereka yang telah mengkaji sifat MALU..........
- Philips (1981) mengatakan bahawa MALU adalah satu keadaan yang datang kepada seseorang apabilaia menghadapi satu situasi sosial yang dalam keadaan yang tidak bersedia dan tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk menghadapinya.
- Izard and Hyson (1986) MALU merujuk kepada gabungan perasaaan emosi termasuk perasaan takut dan minat serta ketengangan dan ketenangan.
- Ghassan Ya'kob (1986) perasaan MALU didefinisikan sebagai kehilangan ketenteraman sanubari dan keberanian di samping kegelisahan yang diiringi kegugupan yang membawa kepada perasaan rendah diridan serba salah dalam menghadapi situasi baru.
- Leavy (1989) mengatakan bahawa MALU adalah melibatkan perasaan bimbang yang akan menyebabkan tingkah lakunya tidak tenang dan timbul perasaan rendah diri.
- M. Grams (2002) MALU ialah satu reaksi seseorang yang berasa tidak selesa dan asyik memikirkan sesuatu yang memalukan tingkah lakunya sendiri.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 12:00 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Ape itu malu? Adakah sifat itu tergolong dalam sifat positif atau negatif? Em...............
Sebelum membuat sebarang spekulasi dan jawapan tentang persoalan tadi, mari kita teliti apakah pendapat tokoh psikologi tentang perasaan MALU? Tapi sebelum itu, mari kita hayati dan mengambil iktibar melalui ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
MALU ialah salah satu cabang iman yang penting sebagai pengawal kepada sifat dan perangai manusia. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW iaitu:
الحياء شعبة من الايمان
Ertinya:
“MALU itu sebahagian daripada iman”.
Terhakisnya sifat MALU pada diri seorang muslim pula ialah tanda kepada kepincangan iman. Sedarkah kita bahawa segala keburukan, penyelewengan dan keruntuhan nilai moral yang berlaku hari ini ialah akibat daripada terhakisnya sifat MALU. Mereka tanpa segan silu melakukan maksiat walau di rumah Allah sekalipun kerana tiadanya sifat MALU pada Allah dan masyarakat sekeliling.
Oleh itu, pupuklah sifat malu demi untuk menjaga hubungan dengan Allah iaitu malu untuk melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan juga untuk menjaga hubungan sesama manusia iaitu bersifat malu kerana menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam pergaulan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
ان مما ادرك الناس من كلام النبوة الاءولى اذا لم تستح فصنع ما شئت
Ertinya: Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (hingga kini) ialah: Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu”.Riwayat al-Bukhari
Hadis di atas menggambarkan pengancaman kepada manusia sekiranya tiada lagi perasaan MALU dalam melakukan kesalahan dan maksiat hingga dunia yang diwarisi akan kucar kacir dan tidak aman.
Akhlak malu yang menjadi tuntutan dalam Islam ini adalah pelengkap kepada kesempurnaan ciptaan manusia . Ia menjadi benteng kukuh untuk mengelakan diri daripada melakukan kerosakan, dosa dan maksiat. Manusia akan sentiasa hidup dalam kebaikan selagi mana rasa malunya masih terpelihara. Orang yang memiliki rasa malu akan rasa menyesal apabila melakukan perkara yang ditegah.
Kesimpulannya melalui Al-Quran dan Al-Hadis, sifat dan perasaan MALU itu perlu dan wajib ada pada setiap manusia dalam menjaga iman mereka.
Posted by Hafidz Arif bin Ismail, Wan Muhamad Adidi bin Wan Ya'akub & Mohd Abdul Basir bin Said at 7:36 AM 0 comments