BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 9, 2009

MARI KITA LIHAT VIDEO KOREA.

FILEM: FULL HOUSE
PELAKON UTAMA : RAIN
P/S: KAMI MENGAMBIL 'SCENE' YANG MENUNJUKAN PERASAAN MALU

Oleh itu, marilah bergaul bersama rakan-rakan anda.

Tuesday, September 8, 2009

Mari kita BANTU KANAK-KANAK yang mempunyai perasaan yang MALU.


Ayuh kita bantu adik-adik atau anak kita yang mempunyai perasaan MALU...
  1. Terangkan kepada kanak-kanak tentang kelebihan yang diperolehi sekiranya mereka boleh bergaul dengan rakan-rakan mereka.
  2. Tunjukkan perasaan empati apabila kanak-kanak merasa takut untuk bertindak atau berinteraksi.
  3. Elakkan daripada melebelkan seorang kanak-kanak itu sebagai pemalu.
  4. Tentukan matlamat untuk lebih bercampur dan bergaul serta nilai perkembangannya.
  5. Tunjukkan contoh atau model bagaimana cara kita bergaul dengan orang lain.
  6. Dedahkan kanak-kanak dengan orang dan tidak biasa dengan mereka.
  7. Berikan ganjaran kepada kanak-kanak kerana menunujukan tingkah laku yang menunjukanmereka boleh bergaul.
  8. Beri pujian kepada kanak-kanak yang boleh bergaul.
  9. Beri latihan kepada mereka bagaimana untuk bergaul dengan orang lain dengan cara yang betul.
Sesungguhnya, kanak-kanak ibarat seperti sehelai kain putih dan kitalah pencorak kain putih tersebut. Lebih-lebih lagi oleh seorang guru yang harus bertanggungjawab mendidik anak bangsa untuk berada di landasan yang benar iaitu kepada ajaran Islam. Oleh itu, marilah kita mendidik anak-anak kita seperti para sahabat yang sentiasa membawa anaknya bertemu dan berta'aruf rakan-rakannya yang mulia.

ANDA PEMALU? MARI KITA REFLEKSI DIRI dengan melihat kriteria ini...


pemalu yang sering berseorangan
  1. Tidak bercakap atau sedikit sahaja bercakap secara sukerala.
  2. Mengikut arahan tetapi tidak ada tindak balas verbal.
  3. Memalingkan muka ketika bercakap.
  4. Hanya melihat tetapi enggan menyertai aktiviti yang menyeronokkan yang dilakukan oleh rakan-rakan.
  5. Hanya sedikit atau tiada langsung 'eye contact'.
  6. Bercakap secara perlahan.
  7. Selalu menjadi yang terakhir untuk ke dalam barisan dan membuat sesuatu aktiviti.
Sesungguhnya, tanda ini menunujukkan seseorang mempunyai perasaan MALU yang negatif. Jadi, anjakkanlah paradigma untuk membentuk peribadi yang berketerampilan.

Monday, August 24, 2009

Anda seorang yang PEMALU dalam bergaul? Apa tanda-tandanya? Mari kita ikuti pandangan Jackson.

Jackson(1999) membahagikan tanda-tanda MALU kepada tiga bahagian iaitu emosi, tingkah laku dan menifestasi psikologi.

1. Menerusi emosi, MALU ditunjukkan melalui perasaan segan dan rendah diri.
2. Tingkah laku pula seperti gagal untuk bertentang mata dengan orang lain, keenganan untuk bercakap, sering mengelak untuk berinteraksi dan besosial serta sukar untuk memulakan perbualan.
3. Melalui menifestasi psikologi, MALU ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti berpeluh yang berlebihan, muka menjadi merah padam, denyutan jantung dan nadi menjadi pantas, bibir menjadi kering dan rasa tidak sedap di dalam perut.

Sukar untuk disangkal bahawa kita sering terjumpa orang yang mengalami sintom-sintom seperti di atas termasuk kita sebagai insan yang lemah tidak akan terlepas daripada sintom-sintom tersebut. Tapi selemah-lemah manusia adalah mereka yang cepat mengalah dalam hidup. Jadi, teruskanlah hidup dengan ceria dan jangan takut menghadapi cabaran.

Dengan azam Malaysia boleh! Kita pasti boleh!

Adakah anda tahu bahawa perasaan MALU itu ada kaitannya dengan norma budaya sesuatu bangsa?


Adakah mereka (askar Israel) tidak MALU dalam menceroboh negara orang?

Menurut kajian Beidel&Turner (1998),perkembangan perasaan MALU seseorang itu bermula daripada pencorakan kesedaran diri selaras dengan norma budaya dan tingkah laku ibu bapa mereka.

Menurut kedua-dua tokoh tadi, terdapat sesetengah bangsa adalah lebih MALU daripada bangsa yang lain. Contohnya, bangsa Israel adalah paling TIDAK MALU. Cuma 31% responden sahaja yang mengaku mereka MALU. Diikuti bangsa bangsa Mexico dengan 39% sahaja. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom pula 45% dan 50% bangsa Jerman yang disifatkan sebagai MALU manakala bangsa Perancis dan Jepun(60%) merupakan bangsa yang MALU (USA Today Magazine, 1 Januari 1999).

Sesungguhnya, peasaan MALU ini boleh dibina sejak kanak-kanak lagi. Hyson&van Trieste (1987), menyatakan bahawa pencorak utama ialah ibu bapa dalam menetukan peri laku anak mereka. Terdapat ibu bapa yang yang terlampau mengongkong anak-anak daripada berinteraksi secara sosial dan menjadikan mereka seorang PEMALU.
Menurut Hudson&Rapee (2000). Ketinggian ukuran MALU bayi bertambah negatif dengan penglibatan keluarga masing-masing dalam pertemuan budaya, pembelajaran perkara-perkara baru dan lawatan ke rumah rakan-rakan. Sekiranya budaya yang diamalkan di sekeliling mereka negatif, begitulah impaknya kepada bayi tersebut kerana bayi cepat dalam berkolerasi terhadap sekelilingnya.

Apabila kita membaca sirah sahabat Rasullah, mereka akan membawa anak-anak mereka menemui orang yang beriman dan memperkenalkan anaknya dengan orang yang beriman tersebut. Sesungguhnya, cara ini menepati hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh tokoh barat untuk mendidik anak mereka bersifat baik dan mulia iaitu dengan melawat rakan yang baik dan terpuji sifatnya. Sebenranya, masih banyak lagi contoh sirah di zaman Rasullah untuk mendidik dir kitai supaya tidak berasa MALU. Sebagai contoh, nabi menggalakan umat Islam berniaga yang memelukan seseorang itu untuk tidak berasa MALU di khalayak ramai. Selain itu, melalui teladan Rasullah sendiri, baginda tidak berasa MALU dalam berdakwah dan berhijrah demi menyebarkan syiar Islam.

Oleh itu, jadilah Muslim sejati nescaya terserah moleknya peribadi.

Saturday, August 22, 2009

Sebenarnya MALU terbahagi kepada berapa?


alangkah moleknya apabila mengikut fitrah agama

Menurut hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hasan al-Basri.

Mafhumnya: sifat MALU itu ada dua bahagian, iaitu MALU yang datang dari keimanan dan MALU yang datang dari kelemahan.

Para pembaca, adakah kita MALU dalam sesuatu hal itu disebabkan keimanan atau dari kelemahan? Saya pasti ramai yang dapat membezakan dua aspek MALU tersebut.
Contohnya, MALU dari iman seperti MALU tidak menutup aurat manakala MALU dari kelemahan seperti MALU dan rasa kolot apabila menutup aurat. Banyak lagi contoh yang boleh saya ketengahkan seperti tabiat buruk merokok, budaya negatif perhubungan lelaki dan perempuan yang semakin menjadi-jadi , budaya hormat-menghormati dan banyak lagi yang boleh kita sendiri nampak dan ketahui.

Jadi, tepuk dada tanyalah iman.............